Monday, July 5, 2010

Gerai Ikan Bakar @ Pasar Dato' Keramat

Dear Tummy,

Last Saturday pegi jalan-jalan cari makan dekat pasar Dato Keramat... makanan yang dicari tak lain tak bukan memang Ikan Bakar Fresh.. huhuhu.. yang ni terbaik dari pasar dato keramat.. pergghhh... meletup. Apa yang sedap pasal ikan bakar dekat sini saiz dia dan rasanya... sedap... jarang nak jumpa ikan-ikan bakar yang sedap... ada juga tempat lain yang sedap tapi kat sini pon antara yang tersedap.

Kepada yang tak pernah sampai, mari saya beritahu macam mana nak pergi ke tempat ini. kalau naik train just turun je ke stesen Putra Dato Keramat, lintas jalan masuk dalam pasar keramat, sebelah kanan anda akan nampak gerai kuih muih... jalan ke depan sikit lagi, sebelah kiri anda bole lihat gerai ikan bakar bob.. exact nama gerai tu saya tak tau, tapi tokei dia badan besar-besar sikit. sampai lah anda di gerai ikan bakar tebaik di pasar dato keramat ini. heheheh

Tempat ni kalau time office hour memang la full... kalau terlambat skit memang kena tunggu la nak makan.. orang yang makan dekat sini rata-rata pekerja sekitar KL dan luar kawasan juga. Yang kerja sekitar jalan ampang datang, wangsa maju datang, jalan pudu datang, kg pandan datang, shah alam pon datang.. hahaha.. pendek kata... dari mana pon orang sanggup datang makan dekat tempat ni.. sebab apa? sedappp... hari-hari kat sini pasti full house..

Dekat dalam ni ada dua kedai yang sedap.. tapi if me with all FRIEND akan singgah dekat kedai bob... sebab kedai dia memang dari awal try situ dah jatuh centa dengan ikan bakar dia dan sup kaki ayam... Ok sekarang jom share skit gambar kami dine-in at ikan bakar pasar dato keramat ni...



tudiaaaa ijan sedang makan.. dari office singgah semata-mata nak makan ikan bakar... heheheh. tengok vest pon dia tak sempat bukak.. hehehe



yang ni ikan pari. sedap sangat... isi dia so tender and tak liat. for those yang suka makan ikan pari bakar, ikan pari kat sini tak hanyir.. boleh makan dengan tenang. and sesiapa yang jenis tak makan banyak, sorang makan mesti susah nak habis. jadi bole share dengan your love one, family and FRIENDS.. hehehe. but this time ikan ni saya share dengan ijan sebab dia cakap dia dah tak larat nak habiskan sorang. hahah. so kami share. makan dengan pencicah dia... memang sedap.. asik tambah je. tak cukup. ikan dalam pinggan tu berharga cuma RM14. Mahal? ikan ni besarrrr...



haaaa.. yang ni la specialty kat sini.. Jus Mangga.. yang ni memang terbaik dekat gerai ikan bakar ni.. makan ikan bakar dengan air ni sangatla enak.. for those yang dahaga sangat memang tak cukup minum segelas... cuma RM2.50 segelas



Dboy dengan Jus Mangga... kalau dia minum mesti lebih dari 1 gelas.. sebab memang sedap pon...



Ikan Kembong... sedap juga. lembut, di hidang masa panas.. memang tak boleh tahan kalau setakat tengok je. yang ni Hasmi makan. Nasi + Ikan Bakar? memang bole makan lah dia kan... ikan saiz macam ni lebih kurang RM7-8 seekor



kepada yang tak makan pedas, jangan risau.. ada sup kaki ayam disediakan... sup kaki ayam kat sini pon sedap.. memang datang pakej sekali dengan Nasi + ikan bakar + pencicah + sup kaki ayam. Hasmi tak makan pedas. so dia makan sup untuk kuah. tapi dia tak makan kaki ayam.. hahahha pelik ke? itulah dia Hasmi kalau nak tau. lagi nak bagi tau.. kalau lambat sikit kaki ayam tak dapat ye.. sebab sambutan hangat jugak sup kaki ayam ni. kami pon tak dapat.. sebab agak lewat juga datang hari tuh.



Tengok Reezuan ni... dia dah habis makan awal lagi.. tapi masih menghirup sup kaki ayam yang masih panas... sebab sup tuh memang sedap... hehehe



makan-makan sambil borak-borak memang menyeronokkan...



Hasmi makan makan makan NASI... heheh. sedikit info tentang ikan bakar yang Hasmi paling suka adalah ikan terubok bakar.. tapi this time tak pilih pon...



pinggan Ijan dah nak dekat habis dah tu... tapi ini tambahan nasi yang kedua lah... heheheh



Tadddaaa! wahhh, ini yang saya nak share... actually yang ni bukan dari kedai ikan bakar. tapi complimentary dari Reezuan. nama nya D'bilis Goreng. memang sedap. ikan bilis yang digoreng dengan chili dan hirisan bawang... selalu makan tapi yang ni lain skit sebab hirisan bawang dia banyak.. i like bawang... memang sedap. 1 pack ni hanya RM5. after this bole order untuk makan Raya. thanks Reezuan. semoga maju jaya dengan this new baby.



Bro paling lewat tiba... walaupon dah makan still boleh pesan Jus Mangga. sebab apa? dah datang rugi tak minum.. heheheh



Reezuan dah kenyang sampai tersandar...



The dessert... yang ni namanya Kuih Gandus. kuih ni berintikan jem nenas. makan masa panas-panas memang sedap. tak berapa manis, sesuai untuk yang tak suka manis. kuih ni dijual berhadapan dengan gerai ikan bakar yang kami makan ni... for your information, dekat dalam pasar dato keramat ni ada macam-macam jenis kuih muih dan manisan yang bole anda lihat by the time melangkah masuk dalam kawasan ni... tengok semua jenis kuih tak tau nak pilih mana satu.. sebab banyak sangat... kalau kami datang mesti akan order kuih ni jugak sebagai pencuci mulut... kuih ni 3 biji RM1


Jadi kalau anda pengemar Ikan Bakar, datang dan cuba makan dekat sini. seperti biasa memang tak rugi untuk kita give a try untuk gerai ikan bakar pasar dato keramat ni. saya sudah.. anda?

The Tummy: Myself, Hasmi, Bigbro, Ijan, Dboy, Reezuan

Mood Tummy: *Extravaganza Happy

Gerai Ikan Bakar Keramat yang saya tahu:

Pasar Dato Keramat
Kampung Datuk Keramat,
54200, Kuala Lumpur

3 comments:

  1. ikan bakar sini mmg my favorite.. xleh lawan tpt lain.. hehe.. ikan pari fav la.. yg besar2 tu nama dia amy.. mesti nama btol suhaimi.. hehe.. panggil bob pon layan jer.. haha.. mango juice mmg terbaek.. org dr singapore pon turun mkn sini.. hehe.. kuih tu namanya gandus cik ja.. bukan ganjus.. hancus nnt.. haha.. FYI.. kalau nak order n soh delivery pon bole.. call je amy tu.. nnt dia hantar.. no. contact later i gitau.. hehe.. opis aku slalu order.. sekian.. :)

    ReplyDelete
  2. oh ye ke. baru arini aku tau.. hahahah.. later share no erk.. huhuhu... alamak dah terlapar ikan bakar keramat la pulak ni....

    ReplyDelete