Monday, July 5, 2010

Gerai Ikan Bakar @ Pasar Dato' Keramat

Dear Tummy,

Last Saturday pegi jalan-jalan cari makan dekat pasar Dato Keramat... makanan yang dicari tak lain tak bukan memang Ikan Bakar Fresh.. huhuhu.. yang ni terbaik dari pasar dato keramat.. pergghhh... meletup. Apa yang sedap pasal ikan bakar dekat sini saiz dia dan rasanya... sedap... jarang nak jumpa ikan-ikan bakar yang sedap... ada juga tempat lain yang sedap tapi kat sini pon antara yang tersedap.

Kepada yang tak pernah sampai, mari saya beritahu macam mana nak pergi ke tempat ini. kalau naik train just turun je ke stesen Putra Dato Keramat, lintas jalan masuk dalam pasar keramat, sebelah kanan anda akan nampak gerai kuih muih... jalan ke depan sikit lagi, sebelah kiri anda bole lihat gerai ikan bakar bob.. exact nama gerai tu saya tak tau, tapi tokei dia badan besar-besar sikit. sampai lah anda di gerai ikan bakar tebaik di pasar dato keramat ini. heheheh

Tempat ni kalau time office hour memang la full... kalau terlambat skit memang kena tunggu la nak makan.. orang yang makan dekat sini rata-rata pekerja sekitar KL dan luar kawasan juga. Yang kerja sekitar jalan ampang datang, wangsa maju datang, jalan pudu datang, kg pandan datang, shah alam pon datang.. hahaha.. pendek kata... dari mana pon orang sanggup datang makan dekat tempat ni.. sebab apa? sedappp... hari-hari kat sini pasti full house..

Dekat dalam ni ada dua kedai yang sedap.. tapi if me with all FRIEND akan singgah dekat kedai bob... sebab kedai dia memang dari awal try situ dah jatuh centa dengan ikan bakar dia dan sup kaki ayam... Ok sekarang jom share skit gambar kami dine-in at ikan bakar pasar dato keramat ni...



tudiaaaa ijan sedang makan.. dari office singgah semata-mata nak makan ikan bakar... heheheh. tengok vest pon dia tak sempat bukak.. hehehe



yang ni ikan pari. sedap sangat... isi dia so tender and tak liat. for those yang suka makan ikan pari bakar, ikan pari kat sini tak hanyir.. boleh makan dengan tenang. and sesiapa yang jenis tak makan banyak, sorang makan mesti susah nak habis. jadi bole share dengan your love one, family and FRIENDS.. hehehe. but this time ikan ni saya share dengan ijan sebab dia cakap dia dah tak larat nak habiskan sorang. hahah. so kami share. makan dengan pencicah dia... memang sedap.. asik tambah je. tak cukup. ikan dalam pinggan tu berharga cuma RM14. Mahal? ikan ni besarrrr...



haaaa.. yang ni la specialty kat sini.. Jus Mangga.. yang ni memang terbaik dekat gerai ikan bakar ni.. makan ikan bakar dengan air ni sangatla enak.. for those yang dahaga sangat memang tak cukup minum segelas... cuma RM2.50 segelas



Dboy dengan Jus Mangga... kalau dia minum mesti lebih dari 1 gelas.. sebab memang sedap pon...



Ikan Kembong... sedap juga. lembut, di hidang masa panas.. memang tak boleh tahan kalau setakat tengok je. yang ni Hasmi makan. Nasi + Ikan Bakar? memang bole makan lah dia kan... ikan saiz macam ni lebih kurang RM7-8 seekor



kepada yang tak makan pedas, jangan risau.. ada sup kaki ayam disediakan... sup kaki ayam kat sini pon sedap.. memang datang pakej sekali dengan Nasi + ikan bakar + pencicah + sup kaki ayam. Hasmi tak makan pedas. so dia makan sup untuk kuah. tapi dia tak makan kaki ayam.. hahahha pelik ke? itulah dia Hasmi kalau nak tau. lagi nak bagi tau.. kalau lambat sikit kaki ayam tak dapat ye.. sebab sambutan hangat jugak sup kaki ayam ni. kami pon tak dapat.. sebab agak lewat juga datang hari tuh.



Tengok Reezuan ni... dia dah habis makan awal lagi.. tapi masih menghirup sup kaki ayam yang masih panas... sebab sup tuh memang sedap... hehehe



makan-makan sambil borak-borak memang menyeronokkan...



Hasmi makan makan makan NASI... heheh. sedikit info tentang ikan bakar yang Hasmi paling suka adalah ikan terubok bakar.. tapi this time tak pilih pon...



pinggan Ijan dah nak dekat habis dah tu... tapi ini tambahan nasi yang kedua lah... heheheh



Tadddaaa! wahhh, ini yang saya nak share... actually yang ni bukan dari kedai ikan bakar. tapi complimentary dari Reezuan. nama nya D'bilis Goreng. memang sedap. ikan bilis yang digoreng dengan chili dan hirisan bawang... selalu makan tapi yang ni lain skit sebab hirisan bawang dia banyak.. i like bawang... memang sedap. 1 pack ni hanya RM5. after this bole order untuk makan Raya. thanks Reezuan. semoga maju jaya dengan this new baby.



Bro paling lewat tiba... walaupon dah makan still boleh pesan Jus Mangga. sebab apa? dah datang rugi tak minum.. heheheh



Reezuan dah kenyang sampai tersandar...



The dessert... yang ni namanya Kuih Gandus. kuih ni berintikan jem nenas. makan masa panas-panas memang sedap. tak berapa manis, sesuai untuk yang tak suka manis. kuih ni dijual berhadapan dengan gerai ikan bakar yang kami makan ni... for your information, dekat dalam pasar dato keramat ni ada macam-macam jenis kuih muih dan manisan yang bole anda lihat by the time melangkah masuk dalam kawasan ni... tengok semua jenis kuih tak tau nak pilih mana satu.. sebab banyak sangat... kalau kami datang mesti akan order kuih ni jugak sebagai pencuci mulut... kuih ni 3 biji RM1


Jadi kalau anda pengemar Ikan Bakar, datang dan cuba makan dekat sini. seperti biasa memang tak rugi untuk kita give a try untuk gerai ikan bakar pasar dato keramat ni. saya sudah.. anda?

The Tummy: Myself, Hasmi, Bigbro, Ijan, Dboy, Reezuan

Mood Tummy: *Extravaganza Happy

Gerai Ikan Bakar Keramat yang saya tahu:

Pasar Dato Keramat
Kampung Datuk Keramat,
54200, Kuala Lumpur

Thursday, July 1, 2010

Al Rawsha Restaurant - Lebanese Food in Kuala Lumpur

Dear tummy,

Today i want to tell you about the place that me and my FRIENDS choose for our dinner. Tempat ni lain skit dari tempat2 biasa.. sebab specialty dia marvelous and memang Beirut Lubnan habis...

Bigbro yang kenalkan kami dengan makanan-makanan arab ni.. masa 1st time memang macam "perak" skit la.. (saya memang kampung PERAK) hahahha. tapi memang puas dapat try makanan arab... and its ended with berulang2 kali pergi bertandang dekat tempat ni.. hahhaha.. satu tempat yang betul2 melekat dalam jiwa adalah.. teng! teng! teng! AL-RAWSHA!!! tempat dia pon tak susah.. terletak di Jalan Damai KL.

Ok story skit pasal jenis makanan kat sini, specialty memang la LAMB and CHICKEN.. terbaik dari al-rawsha.. u should give a try. bole makan dengan nasi (ada kabshah and mandy) atau pon dengan roti. ( macam risya sebab dia diet).

Jom tengok apa yang best dekat Al-Rawsha...


saya order air ni... nama dia BARBICAN STRAWBERRY... for those yang suka air sparkling memang sesuai order air ni. harga cuma RM4.



kalau nak tau skit2 pasal Al-Rawsha Restaurant ni bole datang dan baca sendiri... there's a bit history about the restaurant. hehehe



Tadda!!! nampak yummy kan? ok this is what they call LAMB MAGHDUT. It's so big.... uuuu with this portion bole makan up to 6 person... tengok dia punye lamb so banyak.. this time memang dapat lamb lebih banyak dari nasi. and LAMB MAGHDUT is awesome. penggemar kambing memang leh habiskan semua ni kalau bebetul lapar. Tapi harus percaya this portion hanya untuk Ijan and Bro only.... huhu dan di bantu oleh Suke... cayalahhh!!! Ok satu pinggan ni harga RM46 only.



It's mine... fuhhh! bravo! bravo! yang ni memang kegemaranku.. terbaik dari ladang Al-Rawsha jugak... this is what they call CHICKEN MANDY. nasik memang sedap.. ayam ni di masak dengan menggunakan dapur bawah tanah... camtuh la dia cita kat saya masa saya tanya. hehehe. ayam so tender.. i loikkeee.. mmmm memang sedaplah... portion like this you can share up to 2 person. dont worry how big or small the portion... still we can share with the love one... after all sharing is caring... huhuhu. but this time i eat all of it.. coz my other half to be is sangat lapar katanya and he wanted to be by his own. after all its NASI.... haha! haha! Harga yang ni cuma RM17 only!



Love Hana with her Mummy Suke..."where is my chicken lah mama?" heheh... dont worry you can share with me ur cute aunty...



See.. partner in crime.. where got lamb? hehehe.. this 2 lamb lover can eat this whole plate u know.. i tell u not tipu.. tipu... tapi ada ayat terselit... "ni kalau Dboy ada mesti leh sama2 habiskan..." haha! haha! we all miss you dboy... cepat2 settlekan urusan kedai ok so that we can share the LAMB MAGHDUT together2... Mineral water yang this 2 guy minum Harga RM2 only!



Haaaa.. yang ni nama nye HALF ROASTED CHICKEN WITH RICE(NASI) haha! haha! this is for hasmi... actually dekat Al-Rawsha we also can customize either chicken/lamb and so on.. so this time my other half to be wanna try something different lah kan... good choice jugak la... sedap katanya.. sebab apa? NASI... heheheh. nasi tu namanya PLAIN MANDY RICE.. beras dia panjang2.. import khas dari negara Lubnan. Thumbs up sebab semangat nak try benda lain dari Menu. Harga yang ni RM15 only!



MANGO JUICE... yang ni pon memang la terbaik dari ladang Al-Rawsha... tak caya? kenapa saya cakap camtuh.. sebab cik risya kita ni kalau datang tempat ni.. dia akan order air ni sahaja.. with NO sugar + NO ais... still sedap ok... yang ni harga dia RM10. Rasa mahal ke? takpe cuba dulu... dah rasa baru tau nanti....



Delicious.. yang ni they call HALF ROASTED CHICKEN WITH BREAD. memang sedap.. tak tipu.. roti dia even great... but you must eat it while hot.. if not.. u will feel the bread like u chew the chewy... haha! haha! but its a good choice. for those yang tak suke RICE you can eat with BREAD... no worries.. everything is possible. this will cost you RM17 only. still you can share like we do.... we really enjoy this food together.. and yes together better~



So this is my story about our dinner tonight... yes i know, diferent people will like different place which serve the similar arabian food. tapi apa nak rugi kan if we give a try at Al-Rawsha. go and feel your own experience while there.. saya sudah...

Dinner at Al-Rawsha absolutely awesome.. memang best... kenyang sangat makan mandy chicken.. tapi lagi kenyang bila tengok ijan dengan bro nak habiskan Lamb Maghdut diaorang... tapi memang berbaloi.. hahaha. dan lagi makan di sini tak kena tax. you pay what you eat only. cool!

The Tummy: me myself, Hasmi, Bigbro, Risya, Ijan, Suke + Hana

Mood Tummy: *Happy

Al-Rawsha place yang saya tahu:

78, Jalan Damai
Off Jalan Ampang
55000 KL

Wednesday, June 30, 2010

Dinner Date @ THEOBROMA CHOCOLATE LOUNGE

Dear tummy,

Its my first time nak try blogging about food. saya memang suka jalan2 cari makan.. cari pasal kadang2 je.. haha haha n hey... thanks kepada Mr. H sebab suggest saya blogging about food sebab saya suka makannnn makannn makannn.. kih kih. And thanks also to Eyan sebab borak2 pasal blogging. So i will introduce you guys with my first entry ok...

ok.. jom lets (over je ayat ni)...

The story start here...

this year will be my last year as Mr. H fiance... so i would like to share our dinner date photo & foods as my 1st entry. And the place that we go is Taddaaaa!!!

THEOBROMA CHOCOLATE LOUNGE!






me with the big chocolate dipped strawberry







Hasmi with the big chocolate dipped strawberry








Tadda! Hasmi punye Snow White Frappe. Sangat sedap. we like the taste so badly sebab its really creamy and extremly smooth. harga dia RM12.90++ sebab ada tax








Why with the face huh? sebab dah sampai still tak leh minum coz saya sebok nak amik gambar.. hahahah








Ini nama dia Meatball with Oriental Tomato Sauce. Hasmi yang makan ni.. dia nak try katanya biasak kan tak makan benda2 macam ni. Tapi memang sedap... tak terkata sedapnya.. sos dia tuh superb wa cakap beb. tak caya?








Haha haha. see... tapi takpe.. yg ni macam biasa je kan? nanti kita leh tengok yang lain2 nye gambar ada jawapan nye tersendiri huhuhu




Ok this is my Ms Coco.. Lazatnya benda ni sampai terangkat.. hahahah. yang ni memang tak leh lawan mana2 lagi air coco k. sebab yang ni memang terbaik dari ladang THEOBROMA CHOCOLATE LOUNGE. (bagi saya lah! anda saya tak tau) harga RM9.90++ sebab ada tax.




Mmmm lazat kan? any comment? tak sure Hasmi rasa camana sebab dia takde deria rasa katanya... sigh.. rugi giler.. hahah




1 min... 2 min... 3 min... Tadda! Finally sampai lah kegemaran saya.. manisan... i liookkee. Ok yang ni namanya Belgian Waffle with Ice Cream. Perggh.. Waffle dia memang crunchy.. leh dengar sampai kat kaunter kerangupannya tatkala saya kunyah.. hahah combination waffle+ice cream+chocolate sauce dalam mulut saya? uuuhhh nikmattt...




Haha haha.. kenapa? takpe la saya cuba dulu.. Hasmi tunggu ye... ikut giliran...




Memang sedap.. for those yang nak try jangan takut rugi sebab tak biasa makan or what so ever... sebab my other half to be tak suke makanan western... dia suka NASI je.. tapi sila tengok keadaan beliau? anda tentukan.. thehehe




So... keseluruhan memang menyelerakan dan teruja dengan 1st try @ THEOBROMA CHOCOLATE LOUNGE ni.. u should give a try.. bila gaji penuh ok. saya pasti akan datang lagi dengan Mr. H tersayang and absolutely with my F.R.I.E.N.D.S mereka juga suka jalan-jalan cari makan. The bill for total of 4 things that we order almost RM60... ok la untuk benda yang sedap. ok. benti dulu sini nanti sambung lagi...


The Tummy: mySelf and myHasmi

Mood Tummy: *Happy

THEOBROMA CHOCOLATE LOUNGE place yang saya tau:

1.Pavilion
2.The Curve
3.One Utama